JAKARTA: Mesyuarat pertama Menteri Luar ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dijadualkan berlangsung pada September di New York bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
"Selain jadual mesyuarat, persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang bakal diadakan pada Oktober 2023 di Riyadh juga dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dua hala selama 45 minit dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan di sini.
Zambry berkata pertemuan dengan Putera Faisal turut menyentuh usaha mengukuhkan hubungan istimewa dua hala Malaysia-Arab Saudi, di samping peranan Arab Saudi sebagai rakan dialog baharu ASEAN akan menggalakkan hubungan lebih berkesan dalam pelbagai sektor.
Malaysia adalah negara penyelaras hubungan ASEAN-GCC, manakala Arab Saudi adalah negara anggota GCC dan merupakan negara ke-51 yang menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) dengan ASEAN.
Acara menandatangani perjanjian yang disempurnakan oleh Putera Faisal berlangsung hari ini di mesyuarat menteri-menteri Luar ASEAN ke-56 serta disaksikan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.
Melalui TAC, Arab Saudi komited untuk bekerjasama dan berkolaborasi, menegakkan undang-undang antarabangsa, serta menyumbang ke arah perdamaian dan kestabilan di Asia Tenggara.
Sementara itu, Zambry turut mengadakan perbincangan pada dua acara sebelum ini iaitu Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pada 2023 dan Forum Serantau ASEAN (ARF).
Mengenai EAS, beliau menekankan keperluan untuk meningkatkan kerjasama dalam sembilan bidang keutamaan serta memuktamadkan Pelan Tindakan EAS 2024-2028.
Beliau seterusnya menekankan tentang keperluan untuk meneroka bidang kerjasama baharu yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membantu membasmi kemiskinan di rantau ini.
Mengenai hala tuju masa depan ARF, Zambry mengesyorkan agar ARF beralih daripada langkah membina keyakinan kepada diplomasi pencegahan berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan dan memuncak, dalam memastikan keamanan, kemakmuran dan kestabilan di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Mesyuarat pertama Menteri Luar ASEAN-GCC dijadualkan berlangsung pada September di New York bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. - Gambar fail/BERNAMA
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
MIC, Makkal Sakti tubuh sekretariat bersama tangani isu masyarakat India
MIC dan Makkal Sakti menubuhkan Sekretariat Bersama MIC-Makkal Sakti Untuk Pembangunan Masyarakat India bagi menyelaras strategi serta pelan tindakan menangani isu-isu masyarakat India di negara ini.
Mesyuarat pertama Menteri Luar ASEAN-GCC dijadual pada September di New York
Mesyuarat pertama Menteri Luar ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dijadualkan berlangsung pada September di New York bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
MKT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
Pimpinan baharu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 mengadakan mesyuarat pertamanya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.
Anwar jawab dakwaan MUDA tidak dijemput ke mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan
Mesyuarat sulung Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Selasa lepas hanya melibatkan parti-parti yang mengasas Kerajaan Perpaduan.
Pasukan khas kaji dakwaan Tommy Thomas adakan mesyuarat pertama
Pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness' telah mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kuala Lumpur, semalam.
TMJ adakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas COVID-19 negeri Johor
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas (Special Task Force COVID-19) peringkat negeri Johor, hari ini.
Majlis Media dijangka ditubuhkan menjelang akhir tahun ini - Gobind Singh
Beliau berkata mesyuarat pertama penubuhan majlis tersebut diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya hari ini.
Tidak umum nama Speaker, tidak jejas persidangan - Kula Segaran
Tindakan pihak yang sengaja mensasikan isu tersebut dilihat sebagai bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir pengerusikan mesyuarat kabinet pertama
Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 13 menteri yang mengangkat sumpah pada Isnin lepas.